Topik 2

2. Konsep Budaya

  • Ciri-ciri Budaya
  • Konsep Asimilasi
  • Konsep Akulterasi dan Akomodasi

Forum Perbincangan dalam kumpulan

Dalam kumpulan, bincangkan ciri-ciri budaya, konsep asimilasi, konsep akulterasi dan akomodasi.

Perbincangan menjelaskan konsep dan istilah yang tepat berkaitan tajuk di atas.

Yang di bawah ialah ciri budaya yang seterusnya. Bincangkan setiap ciri dengan memberikan penjelasan yang lengkap, berserta contoh-contohnya.

  • Kebudayaan boleh dipelajari melalui orang dewasa atau kelompok setara.
  • Kebudayaan boleh diturunkan dari satu generasi ke satu generasi, dan boleh ditokok tambah. Manusia boleh membuat pengubahsuaian dan penambahan terhadap kebudayaan yang dimiliki oleh mereka.
  • Kebudayaan mempunyai kualiti sosial yang melambangkan kehendak dan aspirasi masyarakat.dan mesti diamalkan oleh semua.
  • Kebudayaan memiliki kualiti penyesuaian yang melibatkan manusia dengan alam persekitarannya (Ini tidak bermakna bahawa alam persekitaran yang menentukan kebudayaan. Kebudayaanlah yang perlu disesuaikan dengan alam persekitaran).
  • Kebudayaan mempunyai nilai integratif. Umumnya, sesuatu bangsa disatupadukan oleh kebudayaan yang sama.