Interaksi 3 ( 7 Mac 2015)

  1. Kebudayaan Melayu (Bidang Sosial)
  • Agama Islam, Adat dan Kepercayaan
  • Bahasa
  • Nilai dan Falsafah

 

  1. Kebudayaan Melayu (Bidang Sosial)
  • Perubatan
  • Pakaian
  • Permainan

 

  1. Kebudayaan Melayu (Bidang Ekonomi)
  • Pekerjaan
  • Pengurusan Harta

 

 

KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

1.0 PENGENALAN

Apabila membicarakan atau menggambarkan perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional, ia merupakan satu perbincangan pensejarahan atau kehidupan kemasyarakatan yang tidak boleh dipisahkan dari merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Titik tolak permulaan pada zaman ini kerana telah wujudnya sebuah kerajaan yang dapat membentuk sebuah masyarakat Melayu yang mempunyai sistem dan strukturnya tersendiri.

 Menurut Janes Low, pada 1820 telah berpendapat bahawa Semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan kelautan. Dalam bahagian pertanian, ianya terdiri daripada pertanian yang terdiri daripada negeri-negeri Kedah, Perak, Patani dan Terengganu, terdapat penduduk yang bergantung tetap pada pertanian. Dalam bidang ke lautan atau perdagangan, ianya tidaklah penting berbanding pertanian.Namun begitu James Low tidak menyatakan negeri-negeri yang lebih menaruh minat terhadap perdagangan. Pada abad ke-19 kegiatan utama masyarakat Melayu adalah pertanian iaitu huma dan sawah. Tanaman huma melibatkan pembersihan hutan untuk satu atau dua musim tanaman, kemudiannya ditinggalkan menjadi hutan semulajadi. Manakala tanaman sawah atau bendang melibatkan tanaman padi dan sayur-sayuran serta pokok buah-buahan di kawsan tanah yang berdekatan.(Terus baca)